Saturday, June 19, 2010

JabULanI cuN tapi MemBEri MasalaH?



cuba kita bayangkan benda yang dicipta terlalu ringan sehingga sukar untuk dikawal..
cuba kita bayangkan juga benda yang ringan itu adalah bola..
bayangkan bola yang dicipta itu menggunakan nombor 11 sebagai nombor keramat..
bayangkan bola itu mendapat pujian semasa dilancarkan tetapi mendapat kritikan selepas digunakan..dunia-dunia..kesian kat pembuat bola tu..baru nak kembang hidung dah kena kempiskan balik..
kita semua sedang berada dalam dunia Jabulani-bola rasmi piala dunia 2010 buatan Adidas..

bola ini menggunakan nombor keramat 11 kerana melambangkan 11 pemain dalam setiap pasukan,11 bahasa utama Afrika Selatan dan 11 suku kaum utamanya kerana Afrika Selatan merupakan destinasi yang perlu dituju oleh semua negara-negara yang layak ke piala dunia 2010..

namun begitu, selepas perlawanan pertama setiap pasukan dalam peringkat kumpulan jumlah jaringan yang sangat sedikit dihasilkan dalam sejarah piala dunia..
adakah penjaga gol semakin tangkas??
adakah juga penyerang menjadi seorang yang pemalu untuk menjaringkan gol??
ataupun adakah jurulatih menggunakan taktik tidak mahu menjaringkan gol dan hanya untuk bermain cantik mengawal bola??

dapat kita saksikan pasukan-pasukan besar di piala dunia seperti England,Spain dan Italy tidak mampu untuk menjaringkan banyak gol..
semasa pelancarannya, bintang Brazil dan Real Madrid iaitu Kaka telah berkata bahawa hubungan dengan Jabulani ini sangat penting dan merupakan sesuatu yang hebat dengan bola ini..
manakala bintang Jerman dan Chelsea pula iaitu Michael Ballack telah memuji bola ini kerana memenuhi citarasanya tetapi belum sempat merasa di piala dunia cita-citanya telah berkubur kerana kecederaan..hampa dan kecewa beliau..hanya memendam rasa dirumah..haha
penjaga gol Chelsea dan Republik Czech juga telah memuji bola ini kerana katanya dapat rasakan tenaga yang datang ketika menangkap bola itu..tetapi beliau tidak layak ke piala dunia..memang best la dia cakap..macam mana pulak dengan penjaga gol yang layak ke piala dunia??kesian penjaga gol yang layak ke piala dunia sebab tak ditemuramah pasal bola ni..

semakin hari semakin banyak kritikan terhadap Jabulani dilontarkan..
ke pasal nama dia Jabulani orang tak suka??
kalau letak jambu batu ke jambu air baru orang suka kot..

jurulatih England sendiri telah mengkritik secara terbuka bahawa bola ini adalah yang paling teruk dalam hidup dia selama berkecimpung dalam arena bola sepak..
selain itu, tiga orang penjaga gol terbaik dunia iaitu Julio Cesar(Brazil),Gianluigi Buffon(Italy) dan Iker Casillas(Spain) telah menyuarakan kritikan dengan mengatakan bola ini seperti 'beachball'..ala bola yang slalu main yang ada gambar kartun mickey mouse tu..cumel gak..kenapa tak guna bola tu je..mesti sangat cumel mereka bermain..

disebabkan bola ini juga penjaga gol England iaitu Robert Green telah melakukan aksi memalukan apabila gagal menangkap kemas bola hasil rembatan Dempsey yang seterusnya mehasilkan gol penyamaan buat USA dan menyebabkan Green telah digugurkan pada perlawanan berikutnya..
dapat kita saksikan juga perlawanan antara England dan Algeria di mana Wayne Rooney iaitu pemain yang dicanang-canangkan bakal menggegarkan piala dunia edisi ke 19 ini namun kelihatan beliau begitu sukar untuk mengawal bola ini..alasan yang diberikan kem England adalah mereka dihalang untuk mencuba bola ini sehingga 15 hari sebelum piala dunia baru mereka boleh menggunakannya..boleh terima ke alasan ni??apsal mereka dihalang??
tetapi menurut pihak Adidas mereka telah menggunakan bola ini sejak akhir tahun 2009 dan juga telah digunakan dalam perlawanan piala dunia antara club..alamak!mana satu yang betul ni..nak percaya sape ni??duduk jela diyam2 tengok gelagat dorg..

salah satu masalahnya ialah kerana kedudukan stadium yang agak tinggi iaitu sehingga menjangkau 1150m dari paras laut dimana akan menyebabkan bola ini bergerak dengan lebih pantas di lapisan udara yang nipis seterusnya menyukarkan penjaga gol untuk bertindak balas dengan cepat..
tetapi yang menyuarakan kritikan ini semua adalah pasukan-pasukan yang gagal menjaringkan gol..apa kata bagi mereka gol banyak-banyak baru mereka senyap kot..macam-macam gelagat dalam dunia bola sepak..

apa-apa pun semuga piala dunia kali ini meriah dan merupakan edisi yang terbaik pernah dianjurkan..

p/s:beshnye kalo lagu Negaraku berkumandang sblum start game..bile agaknya Malaysia nak layak g Piala dunia..

Tuesday, February 16, 2010

ItaLiaNniEs & seOul gArdEn


makan..makan..makan...
hanya itu yang boleh digambarkan apabila tak boleh tengok makanan..
makan tak ingat dunia..
destinasi adalah italiannies kat The Gardens dan juga Seoul Garden kat Plaza Pantai..
asalnya nak pergi Flaming Steamboat kat Sunway tapi atas sebab-sebab tertentu maka tercampak la kat tempat-tempat ni..hoho
sedikit sebanyak pic2 yang sempat diambil..
kredit to syafiq aka kaka diatas gambar2 yang diambil..huhu

italiannies











Seoul Garden





Wednesday, January 20, 2010

Ride Behrang Riders Malaya Community(RMC)


salam untuk semua..
sudah lama rasanya xupdate blog ini...
bukan apa cuma sangat sibuk untuk menyiapkan projek penyelidikan tahun akhir..
disini kembalinya saya mengupdate dengan bertujuan memaparkan sedikit sebanyak cerita mengenai ride ke behrang anjuran RMC..
ini merupakan ride yang pertama bagi tahun 2010 ini...
ride ini adalah pada 16hb januari 2010 yang lalu..

3.00pm

sudah mula menyiapkan diri kerana tidak tahu jalan ke restoran jejantas sg.buloh..setelah mengambil keputusan yang agak drastik maka telah memilih jalan duta sebagai laluan untuk ke restoran jejantas sg.buloh itu..

4.00pm

mula bergerak ke restoran jejantas sg.buloh seorang diri melalui jalan duta menuju ke tol duta dengan berpandu papan tanda...mata tidak berkelip takut terlepas simpang..dimana papan tanda bertulis ipoh disitulah saya ikut..hee sampai di tol jalan duta ternampak sekumpulan geng RMC sedang berkumpul dengan muka selamba tak kenal terus parking cakap "leh join g restoran jejantas sg.buloh??"..mereka terpinga-pinga dan suruh parking..saya hanya tersenyum..=)

4.30pm

lebih kurang pukul 4.30pm sampai di restoran jejantas sg.buloh..menunggu ahli-ahli RMC yang lain dengan penuh sabar..

5.30pm

semakin ramai ahli RMC yang sampai tetapi mana la geng2 RXZMALAYSIA ni...rupa-rupanya ramai yang terkandas dek kerana hujan yang agak lebat..setelah semuanya sampai memang terkejut kerana begitu ramai yang mengikuti konvoi kali ini..

6.30pm

tayar mula golek setelah diberi taklimat ringkas serta doa oleh orang kuat RMC..destinasi yang dituju ialah shell tg.malim..setelah sampai disana meneruskan perjalanan hingga ke exit behrang..disana en.yusrizal(penaja makanan) telah tunggu untuk dibawa ke lokasi yang sebenar..

8.30pm

sampai di destinasi setelah berpenat lelah, aktiviti sesat jalan dari hujung kg hingga ke hutan simpan kekal..haha akhirnya sampai juga..alhamdulillah...aktiviti menjamu selera pun dimulakan..menu : masak lemak pucuk paku(kalo xsilap),tempe goreng, ikan bakar, udang bakar, ayam bbq, ulam-ulam...

10.30pm

setelah rilek2 dan berkaraoke(otai2 je yang nyanyi coz suara xsdap) maka masa untuk balik pun sudah tiba..lebih kurang pukul 11.30pm bergerak baliklah ke kl

penghargaan yang tak terhingga buat RMC, MRC, RXZ Malaysia, Kawasaki Kips & orang2 yang menjayakan Ride to Behrang especially En. Yusrizal aka jln bekelan..


















masa-masa kita


ShoutMix chat widget

pengunjung setia

jom join kami

 

iNi kISaH bERsAMa Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez