Saturday, June 19, 2010

JabULanI cuN tapi MemBEri MasalaH?



cuba kita bayangkan benda yang dicipta terlalu ringan sehingga sukar untuk dikawal..
cuba kita bayangkan juga benda yang ringan itu adalah bola..
bayangkan bola yang dicipta itu menggunakan nombor 11 sebagai nombor keramat..
bayangkan bola itu mendapat pujian semasa dilancarkan tetapi mendapat kritikan selepas digunakan..dunia-dunia..kesian kat pembuat bola tu..baru nak kembang hidung dah kena kempiskan balik..
kita semua sedang berada dalam dunia Jabulani-bola rasmi piala dunia 2010 buatan Adidas..

bola ini menggunakan nombor keramat 11 kerana melambangkan 11 pemain dalam setiap pasukan,11 bahasa utama Afrika Selatan dan 11 suku kaum utamanya kerana Afrika Selatan merupakan destinasi yang perlu dituju oleh semua negara-negara yang layak ke piala dunia 2010..

namun begitu, selepas perlawanan pertama setiap pasukan dalam peringkat kumpulan jumlah jaringan yang sangat sedikit dihasilkan dalam sejarah piala dunia..
adakah penjaga gol semakin tangkas??
adakah juga penyerang menjadi seorang yang pemalu untuk menjaringkan gol??
ataupun adakah jurulatih menggunakan taktik tidak mahu menjaringkan gol dan hanya untuk bermain cantik mengawal bola??

dapat kita saksikan pasukan-pasukan besar di piala dunia seperti England,Spain dan Italy tidak mampu untuk menjaringkan banyak gol..
semasa pelancarannya, bintang Brazil dan Real Madrid iaitu Kaka telah berkata bahawa hubungan dengan Jabulani ini sangat penting dan merupakan sesuatu yang hebat dengan bola ini..
manakala bintang Jerman dan Chelsea pula iaitu Michael Ballack telah memuji bola ini kerana memenuhi citarasanya tetapi belum sempat merasa di piala dunia cita-citanya telah berkubur kerana kecederaan..hampa dan kecewa beliau..hanya memendam rasa dirumah..haha
penjaga gol Chelsea dan Republik Czech juga telah memuji bola ini kerana katanya dapat rasakan tenaga yang datang ketika menangkap bola itu..tetapi beliau tidak layak ke piala dunia..memang best la dia cakap..macam mana pulak dengan penjaga gol yang layak ke piala dunia??kesian penjaga gol yang layak ke piala dunia sebab tak ditemuramah pasal bola ni..

semakin hari semakin banyak kritikan terhadap Jabulani dilontarkan..
ke pasal nama dia Jabulani orang tak suka??
kalau letak jambu batu ke jambu air baru orang suka kot..

jurulatih England sendiri telah mengkritik secara terbuka bahawa bola ini adalah yang paling teruk dalam hidup dia selama berkecimpung dalam arena bola sepak..
selain itu, tiga orang penjaga gol terbaik dunia iaitu Julio Cesar(Brazil),Gianluigi Buffon(Italy) dan Iker Casillas(Spain) telah menyuarakan kritikan dengan mengatakan bola ini seperti 'beachball'..ala bola yang slalu main yang ada gambar kartun mickey mouse tu..cumel gak..kenapa tak guna bola tu je..mesti sangat cumel mereka bermain..

disebabkan bola ini juga penjaga gol England iaitu Robert Green telah melakukan aksi memalukan apabila gagal menangkap kemas bola hasil rembatan Dempsey yang seterusnya mehasilkan gol penyamaan buat USA dan menyebabkan Green telah digugurkan pada perlawanan berikutnya..
dapat kita saksikan juga perlawanan antara England dan Algeria di mana Wayne Rooney iaitu pemain yang dicanang-canangkan bakal menggegarkan piala dunia edisi ke 19 ini namun kelihatan beliau begitu sukar untuk mengawal bola ini..alasan yang diberikan kem England adalah mereka dihalang untuk mencuba bola ini sehingga 15 hari sebelum piala dunia baru mereka boleh menggunakannya..boleh terima ke alasan ni??apsal mereka dihalang??
tetapi menurut pihak Adidas mereka telah menggunakan bola ini sejak akhir tahun 2009 dan juga telah digunakan dalam perlawanan piala dunia antara club..alamak!mana satu yang betul ni..nak percaya sape ni??duduk jela diyam2 tengok gelagat dorg..

salah satu masalahnya ialah kerana kedudukan stadium yang agak tinggi iaitu sehingga menjangkau 1150m dari paras laut dimana akan menyebabkan bola ini bergerak dengan lebih pantas di lapisan udara yang nipis seterusnya menyukarkan penjaga gol untuk bertindak balas dengan cepat..
tetapi yang menyuarakan kritikan ini semua adalah pasukan-pasukan yang gagal menjaringkan gol..apa kata bagi mereka gol banyak-banyak baru mereka senyap kot..macam-macam gelagat dalam dunia bola sepak..

apa-apa pun semuga piala dunia kali ini meriah dan merupakan edisi yang terbaik pernah dianjurkan..

p/s:beshnye kalo lagu Negaraku berkumandang sblum start game..bile agaknya Malaysia nak layak g Piala dunia..

masa-masa kita


ShoutMix chat widget

pengunjung setia

jom join kami

 

iNi kISaH bERsAMa Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez